Thursday, December 9, 2010

Sultan Johor Ahli Sunnah Wal Jamaah VS Wahabi



Sultan Johor rasmi Multaqa Ulama Darul Takzim

JOHOR BAHRU 3 Dis. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli merasmikan Program Multaqa Ulama Darul Takzim yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini pada Rabu ini.

Program tersebut dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sempena Hari Keputeraan Sultan Johor ke-52.

Sultan Ibrahim dijadual bertitah merasmikan majlis berkenaan yang turut dihadiri oleh Permaisuri baginda, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan para kerabat di raja Johor.

Selain itu, program itu turut dihadiri Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad; Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin.

Pejabat MAINJ dalam kenyataannya menyebut, majlis tersebut bermula pukul 8.30 pagi dan dijangka tamat kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan Utusan Malaysia dilantik sebagai akhbar rasmi sepanjang program berkenaan.

"Selepas doa dibacakan oleh Mufti Johor, ia disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Menteri Besar dan seterusnya Sultan Ibrahim bertitah merasmikan program berkenaan," katanya.

Kenyataan itu menambah, dua kertas kerja akan dibentangkan pada Multaqa Ulama itu iaitu kertas kerja pertama oleh ulama, Ustaz Tuan Syed Ahmad Mohammad Allawy al-Maliki al-Hassani manakala kertas kerja kedua oleh ulama, Ustaz Zamihan Mat Zain al-Ghary.

"Pada akhir majlis akan diadakan sesi dialog dan pembentangan resolusi multaqa berkenaan," jelasnya.


Sumber: UTUSAN

Visit Bil.

 

blogger templates 3 columns | Techzilo